MENGINAP DI KUNDASANG
Kundasang adalah merupakan kawasan
tumpuan pelancong dari seluruh dunia kerana keindahan panorama
disekitarnya yang sanga cantik dan menarik dengan udara yang segar yang
mana sangat sesuai untuk merehatkan minda dari kesibukan dan masalah
kerja.
Kawasan sekitar Kundasang adalah lembab dan
mengalami suhu yang sejuk sepanjang tahun memandangkan ia terletak di
kawasan tanah tinggi dan berhampiran dengan kaki gunung kinabalu iaitu
gunung yang tertinggi di Malaysia (melebihi 13000 kaki dari paras laut).
Sebelah
petang hingga malam kawasan sekitar kundasang kebiasaannya berkabus
disebabkan keadaan suhunya rendah dan menambahkan lagi tarikan ramai
pelancong untuk datang kesini.
Kundasang terkenal
sebagai pengeluar sayur-sayuran segar seperti kubis, brokoli, tomato,
cendawan dan lain-lain sayuran tanah tinggi. Pihak berkuasa tempatan
telah menyediakan gerai yang menjual sayuran dan buah-buahan tempatan
bagi kemudahan pengujung dan pelancong.
Keindahan
pemandangan samada diwaktu pagi dan petang menarik ramia pengunjung ke
sini malah ada yang berulang kali datang apabila ada kelapangan sama ada pada hujung minggu atau
musim cuti umum dan cuti persekolahan.Keadaan persekitaran yang damai
menyebabkan kunsang tidak pernah sunyi dengan pengunjung walau pun pada
hari-hari biasa.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu
Pemandangan Desa Catle
Pekan Kundasang
Kedinginan
suhu mulai terasa apabila sampai berhampiran Pekan Nabalu.Jika hujan
sepanjang jalan akan berkabus menambahkan lagi kedinginan dan keterujaan
untuk sampai ke kundasang. Di Pekan Nabalu terdapat gerai-gerai yang
menjual hasil kraftangan dan buah-buahan. Gerai kraftangan di pekan
Nabalu menawarkan banyak pilihan kepada pengunjung dan harga biasanya
boleh nego tetapi bergantung kepada kuantiti.
HOTEL, RESORT DAN HOMESTAY
Dikiri
dan kanan jalan dari Pekan Nabalu menuju ke Kunadasang terdapat banyak
penginapan yang menawarkan pakej yang berbeza-beza bergantung kepada
keperluan pelanggan.Ada penginapan yang menyediakan perkhidmatan BBq,
steamboat, makan malam dan sarapan pagi.Bagaimana pun pelanggan boleh
memilih untuk mengambil pakej yang sesuai dengan bajet.
Ada
bermacam-macam jenis penginapan yang ditawarkan iaiatu cabin, lodge,
hotel & resort dan juga homestay. Harga penginapan homestay biasanya
adalah terkawal berbanding harga cabin, lodge, hotel dan resort kerana
ia bergantung kepada faktor lain seperti faciliti, lokasi dan
pemandangan persekitaran. Harga bilik hotel, resort dan cabin biasanya
agak mahal terutama yang menghadap pemandangan gunung kinabalu.
Antara hotel yang sering diinap oleh pelancong adalah Ayana Resort, Pine Resort, Heritage Hotel & Spa, Cottage Hotel, Hotel & Spa Sabah Park, Cylen Hotel dan Dreamworld Resort. Selain itu terdapat banyak cabin dan lodge seperti Rina Ria Lodge, Rose Garden, Strawberry Garden, Lodge 36, J.Residen, Philip Garden, Kundasang Inn, Jb Hidayah Inn, dan Zen Garden.
Bagi yang berkeluarga Homestay adalah penginapan yang sesuai kerana ia menyediakan bilik-bilik dan serta tempat memasak bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung.
Antara Homestay yang sering diinap ialah Sinurambi Homestay, D'izz Lodge & Homesaty, Zuraini Homestay, Amula Homestay, Suryati Homestay, Walai Tokou Homestay, D'Olundus View, DH Homestay, Kirams Village, Saniom Homestay, Kinabalu Homestay Kundasang, Seribu 1 Homestay Kundasang, Midori Homesaty Kundasang, Rania Lovely Hut, Puncak Homesaty Kundasang, Dumpiring View Kundasang, May Homesaty dan banyak lagi.
DESA CATTLE
Salah satu tempat yang mesti dikunjungi di kundasang ialah Desa Cattle yang juga dikenalai sebagai Little New Zealand kerana disini adalah tempat pemeliharaan lembu tenusu tanah tinggi yang terbesar di Sabah. Disisni pengunjung berpeluang melihat sendiri proses memerah susu lembu yang biasanya dilakukan pada sebelah petang.Pengunjung juga boleh merasai kenikmatan susu segar yang telah diproses yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Aktitiviti lain yang ada disini ialah pengunjung berpeluang memberi makan lembu dan kambing diladang ternak ini.
Lembu Tenusu Desta Cattle
Selain Desa Cattle pengunjung juga boleh mewalat Kundasang Memorial Park yang dibina bagi memperingati mangsa perang semasa pejajahan jepun. Dikawasan sebelah dalam kundasang memorial park menjanjikan sesuatu yang menarik kepada pengujung.
Sebelum sampai ke pekan kundasang pengunjung boleh terus singgah ke Kinabalu Park yang merupakan pintu masuk untuk mendaki gunung kinabalu dan menyediakan perkhidmatan penginapan, pejabat pendaftaran pendaki gunung serta perkhidmatan pemandu pelancong. Untuk melihat panorama sekitar Kinabalu Park pengunjung perlu membuat bayaran masuk dikaunter yang disediakan, Jika anda bertuah anda berpeluang melihat bunga Reflesia secara dekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan